Ambil ubat anxiety ketika hamil punca bayi lima hari positif dadah

LocalHealth & Fitness
19 Aug 2026 • 11:26 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ambil ubat anxiety ketika hamil punca bayi lima hari positif dadah

KOTA BHARU: Seorang bayi berusia lima hari yang positif dadah jenis benzodiazepine atau benzo selepas dilahirkan berpunca daripada pengambilan ubat selepas mengalami kerisauan atau lebih dikenali sebagai anxiety oleh ibunya semasa mengandung.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia berdasarkan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas wanita berkenaan mendapati dia positif benzo dan bukannya dadah seperti syabu atau methamphetamine.

“Wanita berkenaan memberikan alasan bahawa ubat berkenaan diambil bagi merawat masalah anxiety yang dialaminya ketika mengandung.

“Jadi, kesan daripada ubat anxiety itulah katanya menyebabkan ujian urin keluar benzo. Bukannya syabu atau methamphetamine, tidak ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aktiviti Riadah Bermotosikal/Sumbangan Kebajikan PDRM bersama Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) sempena Sambutan Hari Polis ke 219 dan Program Flag Off sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya tidak menahan wanita berkenaan berdasarkan keputusan ujian urin yang diperoleh setakat ini.

Katanya, polis juga masih menjalankan ujian pusingan kedua terhadap bayi berkenaan yang dilaporkan positif dua jenis dadah.

“Siasatan ketika ini masih berdasarkan keputusan ujian urin sementara menunggu keputusan lanjut daripada ujian pusingan kedua terhadap bayi berkenaan,” ujarnya.

16 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memantau keadaan seorang bayi yang disahkan positif dadah selepas dilahirkan termasuk perkembangan kesihatannya sepanjang menerima rawatan.

Terdahulu, seorang bayi perempuan berusia lima hari mengejutkan petugas hospital apabila didapati positif dua dadah jenis amphetamine dan benzodiazepines.-UTUSAN

The post Ambil ubat anxiety ketika hamil punca bayi lima hari positif dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved