Lebih 100 Juta Video Telah Dijana Menggunakan Google Flow Setakat Ini

TechnologyDigital
19 Aug 2025 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google kini berkongsi mengatakan lebih 100 juta video telah dijana menggunakan Google Flow setakat ini. Ini sekaligus memperlihatkan permintaan untuk penjanaan video dikuasakan kecerdasan buatan semakin meningkat dari hari ke hari.

Google Flow ditawarkan untuk pelanggan Google AI berbayar sahaja, dan ciri penjanaan video ini telah diperkenalkan sejak Mei 2025 lepas. Google Flow menggunakan teknologi Veo3 oleh Google dalam menjana video berasaskan input teks. Membezakan Google Flow berbanding yang lain juga adalah ia turut menjana audio selari dengan video berkenaan, berbanding beberapa penjana video lain yang hanya menjana video bisu.

Selari dengan pencapaian ini, Google turut menyatakan kini pelanggan Google AI Ultra akan menerima kredit dua kali ganda, membolehkan mereka menjana lebih banyak video melaluinya.