Lebih 12,000 bersolidariti demi Zara di Kunak

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 2:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Lebih 12,000 peserta menjayakan Himpunan Solidariti Keadilan untuk Zara (Justice for Zara) yang diadakan di Dataran Boheyan Plaza - AS Centre pada malam Sabtu.

Orang ramai kelihatan mula memasuki kawasan perhimpunan sekitar jam 6 petang dengan memakai pakaian berwarna hitam seperti yang disarankan oleh pihak penganjur.

Terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat peserta perhimpunan juga kelihatan membawa sepanduk dan plakad sebagai tanda menyuarakan gesaan siasatan terhadap kes kematian melibatkan pelajar tingkatan satu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, mendapat keadilan sewajarnya daripada pihak berkuasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik dari berbagai parti dan pempengaruh media sosial turut hadir menyatakan solidariti.

Dianjurkan bersama AS centre dan Komuniti Facebook Orang Kunak himpunan diisi dengan beberapa aktiviti termasuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah, bacaan Yassin ,selawat, penyampaian sajak serta perkongsian terbuka mesej ‘suara kita untuk Zara’.

Pasukan Polis turut berada di lokasi bagi mengawal lalulintas dan memantau perjalanan perhimpunan yang berakhir sekitar jam 9.30 malam.

Salah seorang peserta dari Tawau dikenali sebagai Muhamad, 65, berkata dia sanggup datang ke Kunak bersama enam anggota keluarganya demi memberikan sokongan walaupun terpaksa menempuhi jarak perjalanan sejauh lebih 80 kilometer.

“Ini kali kedua kami menyertai perhimpunan ‘Justice for Zara’. Mula-mula kami bersolidariti di Tawau minggu lalu.

“Saya mengharapkan agar isu buli yang berlaku di negara ini dapat dihentikan kerana ia banyak menimbulkan kesan negatif sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu Pengurus AS Centre yang juga pengerusi penganjur Datuk Seri Anil Sandhu berkata penyertaan masyarakat daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa tanpa mengira fahaman politik mencerminkan kehendak rakyat Sabah dan Malaysia amnya yang mahukan sistem serta perlaksanaan undang-undang dilakukan secara telus dan adil.

“Kita mahu keadilan untuk Zara. Sama-sama kita doakan semoga kes kematian adik Zara mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.