Lebih 2 juta batang rokok bernilai RM5.2 juta gagal diseludup

28 Oct 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 2 juta batang rokok bernilai RM5.2 juta gagal diseludup

HONG KONG – Dua lelaki warga China ditahan selepas pegawai kastam memintas sebuah bot laju membawa muatan kira-kira 2.23 juta batang rokok yang dianggarkan bernilai HK$10 juta (RM5.2 juta) di Hong Kong, lapor laman berita The Standard. 

Penahanan itu dibuat berikutan operasi anti-penyeludupan di perairan tenggara Hong Kong pada pagi kelmarin. 

Pihak berkuasa mengesan sebuah bot laju mencurigakan yang bergerak menuju ke Pulau South Ninepin tanpa menghidupkan lampu navigasi.

Mereka kemudian memintas bot berkenaan yang dilengkapi tiga enjin sangkut berkuasa tinggi sebelum merampas muatan rokok disyaki untuk diseludup, dengan nilai duti dianggarkan mencecah kira-kira HK$7.37 juta (RM3.8 juta). 

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 32 dan 39 tahun itu diberkas kerana disyaki melanggar Ordinan Barangan Kena Duti. 

Di bawah ordinan tersebut, mengimport, mengendalikan, memiliki, menjual atau membeli bahan api serta rokok seludup adalah kesalahan jenayah.

Hukuman maksimum bagi kesalahan berkaitan bahan api ialah denda HK$1 juta (RM520,521) dan dua tahun penjara, manakala kesalahan melibatkan rokok boleh berdepan denda HK$2 juta (RM1 juta) serta tujuh tahun penjara. – AGENSI

 

The post Lebih 2 juta batang rokok bernilai RM5.2 juta gagal diseludup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved