Lebih 2 Juta Orang, Pekerja Asing Warga Bangladesh Paling Ramai Berada Di Malaysia

LocalPolitics
6 Feb 2025 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita TV3, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), memaklumkan jumlah keseluruhan penduduk yang bekerja di negara ini adalah seramai lebih 16,000,000 juta sehinggaa 31 Disember tahun lalu.

Jumlah pekerja asing di Malaysia masih terkawal

Menteri Kesuma iaitu Steven Sim berkata daripada jumlah jutaan orang tu, seramai 2,368,422 orang atau 14 peratus adalah pekerja asing.

image is not available

Biarpun kelihatan ramai tetapi jumlah tersebut difahamkan masih berada dalam jumlah yang terkawal kerana berada di bawah had siling ditetapkan iaitu tidak melebihi 15 peratus.

Warga Bangladesh paling ramai

Peratusan terbesar pekerja asing terdiri daripada pekerja warga Bangladesh yang mewakili 37.96 peratus (898,970 orang) daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia.

image is not available

Sumber : AP  

Dalam pada itu, jumlah kedua terbesar diikuti oleh pekerja warga Indonesia iaitu sebanyak 24.58 peratus (582,108) orang dan seterusnya, pekerja warga Nepal, sebanyak 15.63 peratus (370,127 orang).

image is not available 2 weeks ago

10 Lelaki Bangladesh Jadi 'Doktor', Tawar Perkhidmatan Rawat Pesakit Di Kedai Makan & Kedai Runcit