Lebih 20,000 ayam rentung dalam kebakaran di Kota Belud

7 May 2025 • 1:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Lebih 20,000 ayam rentung selepas kandang ternakan itu musnah dalam kebakaran di Kampung Rampayan Ulu, di sini, isnin.

Bagaimanapun, tiada orang awam dilaporkan cedera atau mengalami kemalangan jiwa dalam kebakaran yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Elgie Bakuk berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.34 tengah malam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Katanya, seramai 11 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati satu blok kandang ternakan ayam separuh kekal musnah 95 peratus akibat kebakaran

“Api merebak dengan cepat dan lebih 20,000 ekor ayam tidak sempat diselamatkan,” katanya pada Selasa.

Menurut Elgie, pasukan bomba menggunakan sumber air dari jentera bomba dan tangki simpanan air milik penternak di lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.56 pagi sebelum merebak ke struktur kandang ayam lain.

“Operasi ditamatkan pada jam 2 pagi manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.