Lebih 260,000 Pelajar Cina Mengikuti Pendidikan Menengah Di Sekolah KPM

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 12:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lebih 260,000 Pelajar Cina Mengikuti Pendidikan Menengah Di Sekolah KPM

Lebih 260,000 Pelajar Cina Mengikuti Pendidikan Menengah Di Sekolah KPM

Majoriti pelajar berbangsa Cina di Malaysia masih mengikuti pendidikan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berbanding sistem Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat tahun ini seramai 260,699 pelajar berbangsa Cina mengikuti pendidikan menengah di sekolah di bawah KPM.

Menurut beliau, seramai 75,144 pelajar pula mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), manakala 51,563 orang belajar di institusi pendidikan swasta.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan murid menengah berbangsa Cina berjumlah 387,406 orang.

“Berdasarkan data berkenaan, 19.4 peratus murid berbangsa Cina mengikuti sistem pendidikan UEC, 67.3 peratus mengikuti pendidikan menengah di sekolah bawah KPM dan 13.3 peratus lagi di institusi pendidikan swasta,” katanya.

Baca juga:

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Fadhlina menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta kementerian menyatakan peratusan pelajar Cina yang mengikuti sistem pendidikan UEC berbanding mereka yang belajar di sekolah aliran kebangsaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved