Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

LocalCooking
16 Jul 2026 • 10:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

Seramai 4,606 pelajar menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) yang memasuki edisi ke-29 tahun ini.

Bilangan itu merupakan peningkatan sebanyak 120 peratus berbanding 2,088 pada 2025.

Program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) itu berhasrat membangunkan generasi muda Malaysia yang bersedia menghadapi masa depan dengan kemahiran hidup praktikal.

Justeru, MSSCC 2026 pada kali ini memperkenalkan literasi kewangan sebagai komponen pembelajaran baharu, di samping kemahiran memasak dan pemakanan seimbang.

Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

Penambahan tersebut mencerminkan satu pengajaran mudah tetapi penting yang sememangnya diterapkan melalui aktiviti memasak, iaitu merancang lebih awal, membuat piliha yang teliti dan mengurus bajet secara bertanggungjawab.

Komponen pertandingan yang diperkenalkan sejak 1997 itu juga selaras dengan Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan 2026-2030 (NS2.0).

Elemen tersebut mengukuhkan amalan praktikal yang boleh diterapkan oleh murid dalam kehidupan seharian, daripada merancang dan membeli barangan dapur hinggalah membuat keputusan kewangan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya.

Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

"Menerusi MSSCC, MAGGI telah melatih lebih 350,000 bakat muda Malaysia dari seluruh negara dan menyediakan platform untuk mereka membangunkan kemahiran hidup praktikal melalui aktiviti memasak," kata MAGGI dalam satu kenyataan.

Pertandingan itu terbuka kepada semua murid sekolah menengah di Malaysia.

Pada edisi kali ini, dua kategori berasingan diperkenalkan, iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas bagi membolehkan murid bersaing bersama rakan sebaya dalam kumpulan umur masing-masing.

Pertandingan peringkat negeri akan berlangsung di kesemua 16 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, sebelum pasukan terbaik daripada setiap kategori mara ke pertandingan akhir kebangsaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols 'turun padang' dan menyaksikan sendiri kemeriahan cabaran memasak antara pelajar-pelajar sekolah ketika majlis pelancaran program itu pada Rabu di Dataran Kompleks E Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

Menurutnya, selama hampir tiga dekad, MAGGI berbangga dapat mendidik dan melengkapkan generasi muda Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran yang membantu mereka membina keyakinan diri serta kemahiran hidup yang bernilai melalui aktiviti memasak.

"Jalinan kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia menandakan satu lembaran baharu yang penting dalam perjalanan ini, sekali gus membolehkan MAGGI memperluaskan capaian program kepada lebih ramai murid di seluruh negara, selaras dengan komitmen kami untuk terus membantu keluarga memasak, menikmati makanan dan menjalani kehidupan yang lebih baik bersama.

"Di sebalik penyediaan hidangan, murid turut membangunkan kemahiran praktikal, daripada kerja berpasukan dan disiplin hinggalah kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah.

"Kemahiran ini penting untuk membantu mereka berjaya di sekolah, di alam pekerjaan dan dalam kehidupan," katanya.

Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar
Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh pula berkata MAGGI sentiasa percaya bahawa memasak bukan sekadar menyediakan hidangan. Memasak merupakan satu kemahiran hidup praktikal yang mengajar perancangan, kreativiti, tanggungjawab dan keprihatinan terhadap orang lain.

"Nilai-nilai inilah yang telah membentuk MSSCC sejak ia diperkenalkan dan terus menjadi panduan kepada perkembangan program ini hingga ke hari ini," katanya.

Bertemakan “Penerus Legasi Citarasa Moden”, pertandingan peringkat negeri tahun ini meraikan murid sebagai generasi pelapis dalam dunia masakan Malaysia yang akan meneruskan kekayaan warisan kulinari negara, sambil mentafsirnya semula agar selari dengan gaya hidup moden.

Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar
Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar
Image from: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI Kembali Lagi, Disertai Lebih 4,000 Pelajar

Pemakanan seimbang kekal menjadi tunjang utama pertandingan. Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang MAGGI untuk menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat, pertandingan ini terus menerapkan konsep Suku-Suku-Separuh yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada kriteria penilaiannya.

Berpandukan prinsip Pinggan Sihat Malaysia, murid mempelajari cara menyediakan hidangan seimbang sambil mengaplikasikan pengetahuan pemakanan melalui pengalaman memasak secara praktikal. Menerusi inisiatif seperti MSSCC, MAGGI terus menggalakkan amalan memasak dan pemakanan yang lebih sihat untuk dibawa pulang dan diamalkan oleh murid bersama keluarga mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved