Lebih 30 Cedera Roda Ferris Terbakar Di Festival Muzik!

18 Aug 2024 • 5:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lebih 30 orang cedera selepas roda Ferris di Festival Highfield berhampiran bandar Leipzig di timur Jerman terbakar pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.

Jurucakap polis berkata berdasarkan siasatan awal, semua mangsa mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas dua gondola pada roda itu terbakar.

Bagaimanapun, ketua operasi Palang Merah Jerman berkata dua orang turut cedera parah dalam kejadian itu.

Jurucakap polis itu pada awalnya tidak dapat mengulas mengenai maklumat berkenaan.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa empat pegawai polis adalah antara yang cedera.

Punca kebakaran itu masih tidak dapat dipastikan.

Menurut wartawan dpa di lokasi kejadian, dua gondola musnah sepenuhnya dalam kebakaran kira-kira 9 malam itu.

Seorang pengunjung festival dari Cologne berkata roda Ferris itu tiba-tiba berputar dengan laju. Gondola yang terbakar berada di bahagian paling atas roda.

Penyanyi rap Jerman Ski Aggu sedang membuat persembahan semasa kebakaran itu berlaku.

Sementara itu, jurucakap bomba memberitahu dpa bahawa keadaan dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas kebakaran bermula.


Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved