Lebih 300 Jemaah Terkandas, Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Didakwa Terlibat Penipuan Pakej Umrah

Entertainment
16 Jan 2025 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan suami isteri yang juga pemilik sebuah syarikat agensi pelancongan telah ditahan pihak polis semalam selepas disyaki melakukan penipuan pakej umrah dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM100,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek berusia 31 tahun itu ditahan di ibu negara kira-kira jam 7 malam semalam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Kontinjen Selangor.

image is not available

image is not available

Susulan penahanan itu, polis juga turut merampas beberapa komouter, pasport dan beberapa dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan.

Penahanan susulan laporan yang diterima Polis Daerah Sepang daripada seorang pekerja wanita syarikat swasta berusia 39 tahun, yang mengalami kerugian RM11,000 selepas terkandas untuk mengerjakan umrah, semalam.

“Siasatan awal mendapati syarikat ini mula menjalankan perniagaan sejak tahun 2022, namun berpindah di sebuah premis tiga tingkat dalam daerah Sepang, Selangor sejak Oktober 2024.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek untuk memperdayakan mangsa melalui iklan di aplikasi TikTok Hejira mengenai pakej umrah dan mangsa berhubung dengan ejen yang dilantik oleh pihak syarikat,” katanya.

image is not available

Setakat ini difahamkan sebanyak tujuh laporan polis diterima oleh Polis Selangor membabitkan kerugian dianggarkan RM100,000.

Pihak polis juga telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

Hussein juga pada masa yang sama menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan pakej umrah yang ditawarkan terutama di media sosial dan dapatkan pengesahan lanjut mengenai kesahihan syarikat yang menjalankan pakej umrah terlebih dahulu dengan membuat rujukan dan semakan dengan MOTAC.

Terdahulu, media juga melaporkan pengarah syarikat berkenaan ditahan di ibu pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) kira-kira jam 6.45 petang semalam.

image is not available

Kita doakan semoga semua urusan mangsa-mangsa yang terlibat dipermudahkan.

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.