Lebih 500 peserta sertai kursus pertanian pintar

LocalTechnology
13 Sep 2026 • 10:03 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lebih 500 peserta sertai kursus pertanian pintar

TAMBUNAN: Lebih 500 peserta menyertai kursus pertanian pintar serta kaedah penanaman lada hitam anjuran Sawit Kinabalu yang julung kali diadakan sekaligus menjadi antara program berskala besar seumpamanya di daerah ini.

Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Datuk Victor P Paut berkata kursus yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan itu bertujuan memperkenalkan kaedah pertanian moden kepada peserta menerusi penggunaan teknologi pintar.

“Jumlah penyertaan yang menggalakkan itu menunjukkan minat masyarakat khususnya petani dan usahawan agro untuk beralih daripada kaedah pertanian konvensional kepada pendekatan lebih moden dan berasaskan teknologi.

“Peserta akan didedahkan kepada penggunaan teknologi seperti telefon pintar dan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan sebarang pemantauan serta pengurusan tanaman dengan lebih efisien.

“Kaedah moden ini membolehkan petani mengawal kerja penyiraman, memantau keadaan tanaman dan mengurus pembajaan hanya menerusi telefon bimbit tanpa perlu sentiasa berada di kawasan ladang.

“Jadi, bukan lagi kita yang mengusahakan tanah pertanian dengan cara lama membanting tulang empat kerat tetapi menggunakan teknologi moden yang lebih efisien,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kursus itu pada Sabtu.

Victor yang juga Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tambunan berkata pendekatan pertanian pintar itu turut mengambil contoh sistem pertanian yang diamalkan di Jepun khususnya Hokkaido yang pernah dilawatinya sebanyak dua kali.

Menurutnya penggunaan teknologi membolehkan petani di Hokkaido menguruskan kawasan pertanian dari rumah termasuk memantau keadaan tanaman tanpa perlu berada secara fizikal di ladang.

“Mereka memberitahu saya teknologi yang digunakan sekarang membolehkan manusia tidak perlu berada di ladang sebaliknya semuanya boleh dikawal dari rumah yang sudah tentu memudahkan para petani mengusahakan tanah mereka.

“Pendekatan sama berpotensi dilaksanakan di Tambunan bagi membantu melahirkan lebih ramai petani moden serta meningkatkan kecekapan pengurusan sektor pertanian.

“Pada masa sama mampu menjadikan daerah ini sebagai hab pertanian moden di masa depan,” katanya yang akan turut berusaha mendapatkan sokongan kerajaan negeri termasuk institusi kewangan bagi membantu petani mendapatkan pembiayaan teknologi melalui pemberian geran atau kemudahan pinjaman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved