Lebih 6 juta sokong petisyen gesa FIFA singkir Argentina daripada Piala Dunia

Football
15 Jul 2026 • 11:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lebih 6 juta sokong petisyen gesa FIFA singkir Argentina daripada Piala Dunia
Menerusi kandungan petisyen itu, Argentina didakwa memperoleh layanan yang memihak daripada FIFA serta pengadil sepanjang kejohanan. Foto Reuters.

SEBUAH petisyen dalam talian yang menggesa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyingkirkan Argentina daripada saingan Piala Dunia 2026 dilaporkan telah meraih lebih enam juta tandatangan ketika kontroversi terus membayangi perjalanan skuad juara bertahan itu.

Petisyen tersebut diterbitkan menerusi laman sesawang argentinaout.com, namun laman berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan FIFA mahupun mana-mana persatuan bola sepak kebangsaan.

Menerusi kandungan petisyen itu, Argentina didakwa memperoleh layanan yang memihak daripada FIFA serta pengadil sepanjang kejohanan. Susulan dakwaan berkenaan, penyokong petisyen menuntut agar Lionel Messi bersama rakan sepasukannya disingkirkan daripada kejohanan bagi memastikan persaingan berlangsung secara adil.

"FIFA dan pengadil jelas memihak kepada Lionel Messi serta Argentina. Jika juara sudah ditentukan, mengapa pasukan lain masih perlu beraksi? Singkirkan Argentina daripada Piala Dunia dan berikan peluang yang sama rata kepada semua pasukan," menurut kenyataan yang dipaparkan di laman tersebut.

Sehingga jam 7 malam semalam, petisyen itu dilaporkan telah menerima lebih enam juta tandatangan daripada pengguna internet.

Bagaimanapun, kesahihan serta kredibiliti laman sesawang berkenaan tidak diiktiraf oleh mana-mana badan rasmi. Selain itu, petisyen tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa dari sudut perundangan atau memberi kesan terhadap keputusan FIFA.

Sebarang keputusan berkaitan kelayakan sesebuah pasukan untuk terus beraksi di Piala Dunia adalah di bawah bidang kuasa sepenuhnya FIFA.

Setakat ini, Argentina kekal dijadualkan menentang England dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Atlanta, awal pagi esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved