Lebih 7,000 Pelancong Malaysia Naik ‘Whoosh’ Sempena Musim Cuti

LocalTravel
28 Dec 2025 • 7:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lebih 7,000 Pelancong Malaysia Naik ‘Whoosh’ Sempena Musim Cuti

Lebih 7,000 pelancong Malaysia direkodkan menggunakan perkhidmatan Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) Whoosh sepanjang tempoh cuti sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2025/2026, lapor CNBC Indonesia.

Menurut kenyataan rasmi syarikat itu, Whoosh mencatatkan seramai 13,000 penumpang antarabangsa, dengan 53 peratus atau kira-kira 7,000 penumpang berasal dari Malaysia sejak 18 Disember lalu.

Pengurus Besar Corporate Secretary KCIC, Eva Chairunisa, berkata setiap hari antara 750 hingga 1,000 pelancong Malaysia menaiki Whoosh dari Jakarta ke Bandung serta ke destinasi pelancongan lain di Jawa Barat, termasuk Lembang dan Ciwidey.

Beliau menambah bahawa trend ini menunjukkan Whoosh bukan sekadar pengangkutan semata-mata, bahkan menjadi sebahagian daripada pengalaman pelancongan yang memikat pelancong asing, khususnya dari Malaysia.

Sebanyak 225,000 tiket telah terjual sempena Angkutan Natura

Sejak mula beroperasi pada 2023, KCIC mencatatkan sekitar 294,000 penumpang dari Malaysia telah menggunakan perkhidmatan kereta api laju itu daripada keseluruhan 394,000 penumpang antarabangsa.

Pada 26 Disember sahaja, jumlah penumpang harian Whoosh mencecah 21,000 orang, manakala pada 27 Disember, jualan tiket dijangka melebihi 22,000 menjelang akhir hari.

Sepanjang tempoh ‘Angkutan Nataru’, sebanyak 225,000 tiket telah terjual, dengan purata harian meningkat antara 20 hingga 30 peratus berbanding hari biasa.

Menurut CNBC Indonesia, KCIC menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan membuat tempahan tiket melalui aplikasi Whoosh atau laman rasmi ticket.kcic.co.id bagi memastikan ketersediaan tempat duduk serta kelancaran perjalanan sepanjang musim cuti.

BACA: Ini 5 Tradisi Unik Dunia Rai Tahun Baharu, No. 3 Paling Mengejutkan

Sumber: CNBC Indonesia

The post Lebih 7,000 Pelancong Malaysia Naik ‘Whoosh’ Sempena Musim Cuti appeared first on Siakap Keli.