Lebih 900 boya kupang musnah, rugi RM350,000

LocalBusiness & Finance
15 Oct 2026 • 3:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 900 boya kupang musnah, rugi RM350,000

JOHOR BAHRU – Lebih 900 bongkah boya jenis foam yang digunakan untuk membina rakit ternakan kupang musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang berhampiran Selat Tebraux di sini, malam tadi, mengakibatkan kerugian dianggarkan RM350,000.

Lebih membimbangkan, kebakaran yang dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka berhampiran lokasi kejadian itu masih belum berjaya dipadamkan sepenuhnya walaupun operasi pemadaman berlangsung lebih 15 jam.

Pengusaha kupang, Faizul Jumat, 48, berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menjamu selera di sebuah warung berhampiran.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat api marak dengan pantas sebelum merebak ke longgokan boya miliknya, dipercayai akibat tiupan angin kencang.

“Saya sedang makan di warung sebelum menyedari api sudah marak. Saya tidak sangka kebakaran merebak begitu cepat sehingga memusnahkan semua boya berkenaan.

“Bukan sedikit kerugian saya kerana lebih 900 bongkah boya musnah dengan anggaran kerugian RM350,000,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Faizul berkata, dia turut bimbang api merebak ke deretan rumah kediaman yang terletak kira-kira 70 meter dari lokasi kebakaran.-KOSMO! ONLINE.

The post Lebih 900 boya kupang musnah, rugi RM350,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved