Lebih 900 mayat pendatang ditemukan di perairan Tunisia dalam tempoh enam bulan

27 Jul 2023 • 3:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TUNIS: Lebih 900 mayat pendatang tanpa izin ditemukan di pantai Tunisia dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Dalam Negeri Kamel Feki pada Rabu, lapor Sputnik.

“Antara 1 Jan dan 20 Julai, sebanyak 901 mayat dijumpai. Sebanyak 26 daripadanya warga Tunisia, 267 warga asing dan 608 tidak dikenali,“ kata Feki pada mesyuarat mengenai usaha memerangi penghijrahan secara haram.

Beratus-ratus pendatang dari Afrika Sub-Sahara mahu menuju ke Itali melalui Tunisia dan Libya, dengan berpuluh-puluh daripada mereka mati lemas.

Laporan mengenai pendatang maut di laut telah meningkat mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan ini. -Bernama