'Lebih baik gaji biasa tapi halal dan berkat' - Zulkifli

25 Apr 2026 • 7:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kegigihan anak muda yang bekerja sebagai pengutip sampah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

SHAH ALAM - Kegigihan anak muda yang bekerja sebagai pengutip sampah mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Menurut Zulkifli, golongan muda perlu mengutamakan aspek halal dan keberkatan dalam mencari rezeki.

“Lebih baik gaji biasa tapi halal dan berkat, daripada hidup mewah dengan rezeki yang tak diredhai dan bercanggah dengan syarak.

“Saudara Wan mendidik kita bahawa kegigihan dan kesanggupan melakukan apa sahaja pekerjaan halal demi keluarga mampu mengatasi cabaran hidup dan persepsi masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Rabu, satu hantaran video dimuatnaik oleh @storiemy_ memaparkan rutin pekerjaan Wan Othman Mohd Nur Hasyim, 23, sebagai pengutip sampah mendapat perhatian umum.

Menerusi rakaman video tersebut, Wan Othman menceritakan sisi pekerjaannya dengan mendedahkan aktiviti sebenar yang dilakukan semasa bertugas secara sambilan.

Beliau berkata, dua pekerjaan dijalankan demi kelangsungan hidup; bekerja di sebuah kedai makan pada waktu siang dan menyambung tugas sebagai pengutip sampah.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kisah pemuda itu pernah tular tiga tahun lepas atas asbab yang sama, tetapi beliau kekal tabah berdepan pelbagai tanggapan berkenaan kerjayanya demi mencari rezeki yang halal.

“Beliau berdepan cabaran sikap masyarakat yang kurang menjaga kebersihan, namun tetap cekal. Baginya, apa saja kerja halal sanggup dilakukan, ‘saya buat dua kerja, janji halal’,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved