![Image from: Tak Kisah Bau Busuk, Pemuda Tak Malu Kerja Kutip Sampah Demi Bantu Sara Keluarga [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-ak-malu-kerja-sebagai-pengutip-sampah.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebiasaannya, sampah yang diletakkan sama ada di hadapan premis atau kediaman akan dikutip oleh lori sampah sebelum dibawa ke satu tempat.
Bila sebut tentang lori sampah, kebanyakan orang pasti akan segera menutup hidung dek kerana tidak tahan dengan bau apabila kenderaan itu lalu berhampiran mereka.
Namun di sebalik bau yang kurang menyenangkan itu, ada individu yang sanggup berhadapan dengan situasi sedemikian untuk mencari rezeki yang halal.
Pemuda Tak Kisah Kerja Sebagai Pekerja Pembersihan, Mahu Bantu Sara Keluarga
Demi membantu dan menyara keluarga tercinta, seorang pemuda tidak malu dan sanggup bekerja sebagai pekerja pembersihan di sekitar Kuantan, Pahang.
Kisah kehidupan pemuda yang dikenali sebagai Wan mendapat perhatian apabila rutin kerjanya sebagai pemungut sampah dikongsikan di Threads @storie.my.
Menerusi video yang dikongsikan, Wan yang berumur 23 tahun mendedahkan dia telah bekerja sebagai pengutip sampah sejak empat tahun yang lalu.
Berhenti Sekolah Sejak Umur 15 Tahun
Jelasnya, dia terpaksa menamatkan pelajaran di bangku sekolah ketika usia 15 tahun bagi membantu keluarga tercinta.
“Saya ada dua kerja, satu lagi part time kedai makan. Umur saya 15 tahun saya dah mula kerja.
“Saya punya keluarga ada masalah sedikit, jadi saya decide (ambil keputusan) berhenti sekolah untuk bantu keluarga,” jelasnya.
Kongsi Wan lagi, dia tidak kisah dengan bau yang dihidunya setiap hari asalkan dapat menyara ketiga-tiga adik di bawahnya.
“(Saya) tak kisah dengan bau-bau macam ni, mental dan fizikal kena kuat. Saya memilih hadapi semua ni demi keluarga saya.
“Tiga orang adik yang masih bersekolah, saya support la. Saya nak diorang habiskan pelajaran, biar saya tak habis, janji diorang habis (belajar),” katanya.
Terang Wan lagi, dia tidak memilih pekerjaan asalkan gaji yang diperolehi datang dari sumber pendapatan yang halal.
Habiskan Masa Muda Dengan Kerja, Teringin Nak Berseronok Seperti Remaja Lain
Kongsi Wan, dia mempunyai hasrat untuk mempunyai kehidupan sama seperti manusia seusianya yang lain.
Namun, dek kerana situasi yang dihadapi oleh keluarganya, dia terpaksa menghabiskan masa muda dengan bekerja.
Pun begitu, tiada sedikit pun rasa kesal dalam diri pemuda berkenaan kerana keluarga adalah keutamaannya.
“Masa muda saya banyak habiskan dekat kerja. Saya pun teringin juga nak berseronok macam anak muda yang lain tapi situasi saya tak sama dengan mereka, rezeki dah tetapkan masing-masing,” katanya.
Malah, dia juga turut menyimpan hasrat untuk menjadi anggota polis namun disebabkan tiada sijil pendidikan, dia terpaksa melupakan impian tersebut.
Pada masa yang sama, Wan sekali lagi menjelaskan ibu bapa adalah keutamaan dalam hidupnya.
“Ibu dan ayah saya adalah semangat dan penguat untuk saya teruskan hidup, janji boleh kurangkan beban diorang,” katanya.
Difahamkan, April ini merupakan bulan terakhir Wan bekerja sebagai pengutip sampah dan dia mahu mencari pengalaman yang baharu.
View on Threads
View this post on Instagram
Warganet Tersentuh & Puji Semangat Pemuda Berkorban Untuk Keluarga
Video yang telah mendapat lebih 325,000 tontonan dan turut dikongsikan di Instagram nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh serta kagum dengan semangat Wan yang tidak kisah serta sanggup bekerja sebagai pengutip sampah demi menyara keluarga tercinta.
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar dia dimurahkan rezeki atas kebaikan yang dibuat.
Pada masa yang sama, ada segelintir warganet menyebut nama individu yang dilihat berpotensi membantu Wan seperti Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan pengaraca, Datuk Aznil Nawawi untuk merealisasikan cita-citanya.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Dari Cara Bercakap Nampak Cerdik Budaknya, Allah Nak Bagi Lebih Dekat Bahagian Lain Ni Dik, Terima Kasih Buangkan Sampah-Sampah Ni Semua”
![Image from: Tak Kisah Bau Busuk, Pemuda Tak Malu Kerja Kutip Sampah Demi Bantu Sara Keluarga [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-kerja-sebagai-pengutip-sampah_netizen_3.jpg)
“Saya Kenal Wan Ni, Dia Rajin Sangat Kerja. Jual Burger, Buat Popia Carbonara Masa Bulan Puasa, Saya Support Dia Sebab Dia Rajin Sangat”
![Image from: Tak Kisah Bau Busuk, Pemuda Tak Malu Kerja Kutip Sampah Demi Bantu Sara Keluarga [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-kerja-sebagai-pengutip-sampah_netizen_2.jpg)
“Adik Ni Buat Kita Patut Tunduk & Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada Sekarang”
![Image from: Tak Kisah Bau Busuk, Pemuda Tak Malu Kerja Kutip Sampah Demi Bantu Sara Keluarga [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-kerja-sebagai-pengutip-sampah_netizen_4.jpg)
“Salam Dr Asyraf Wajdi, Boleh Tengokkan Keluarga Ini, Sanggup Dia Bersusah Untuk Sara Adik-Adik”
![Image from: Tak Kisah Bau Busuk, Pemuda Tak Malu Kerja Kutip Sampah Demi Bantu Sara Keluarga [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-kerja-sebagai-pengutip-sampah_netizen_1.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Wanita Siap Sediakan Bakul Untuk Beri Makanan & Air Kepada Pekerja Pembersihan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Pengorbanan Yang Dirahsiakan” – Kisah Anak & Ayah Ini Bikin Ramai Menitis Air Mata [Video]


![Ahli Politik Indonesia Kecewa e-KTP Di Indo Tak Dimanfaatkan, Siap Bandingkan Dengan MyKad [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/ahli-politik-indonesia-banding-mykad-ektp-.jpg?t=1776961942)
