Lebih baik selamat daripada serah maklumat kepada Israel – Anwar

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 3:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih baik selamat daripada serah maklumat kepada Israel – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara, termasuk risiko penyerahan maklumat sulit kepada Israel menerusi penggunaan aplikasi navigasi Waze.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan mengambil langkah segera berhubung isu itu dibuat selepas semakan mendapati terdapat perkara berkaitan perjanjian dan bidang kuasa undang-undang Israel yang menimbulkan kebimbangan.

“Isu keselamatan negara perlu diutamakan walaupun keputusan itu mengundang kritikan, terutama apabila alternatif lain yang tersedia di dalam negara masih mempunyai kelemahan.

“Lebih baik selamat daripada serahkan maklumat kerahsiaan negeri, peribadi saudara dan negara kepada Israel. Itu yang penting difahamkan,” katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al- Mustaqim, Ampang hari ini.

Anwar berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya penjawat awam mengambil mudah perkara berkenaan hanya kerana terdapat kekurangan pada pilihan aplikasi alternatif.

Beliau berkata, semakan lanjut dilakukan dalam mesyuarat keselamatan siber baru-baru ini bagi meneliti perjanjian berkaitan dan memastikan kebimbangan itu mempunyai asas.

Katanya, kerajaan perlu mengambil kira kedudukan Malaysia yang tegas menentang rejim Zionis Israel, sekali gus menjadikan aspek keselamatan maklumat lebih penting.

“Saya tahu saya dikritik, dicemarkan, buru-buru dan sebagainya. Kalau agak merosakkan beberapa pihak, saya minta maaf. Tetapi bagi saya keselamatan negara lebih penting,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan terus meneliti pilihan lain yang bersesuaian bagi memastikan keselamatan maklumat rakyat dan negara tidak terjejas. – KOSMO! ONLINE

The post Lebih baik selamat daripada serah maklumat kepada Israel – Anwar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved