Lebih Banyak Butiran OnePlus 15T Didedahkan – Bateri 7500mAh Dan Pengecasan 100W

TechnologyDigital
6 Mar 2026 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kewujudan OnePlus 15T bukan lagi asing kerana ia telah dikongsi dalam kemas kini sebelum ini. Terkini, lebih banyak maklumat didedahkan bagi mencuri perhatian pengguna. Telefon ini digelar sebagai ‘si kecil yang hebat’ kerana direka khas untuk peminat peranti bersaiz kecil. Ia bakal hadir dengan skrin 6.32-inci berbentuk rata bersama sudut bingkai keemasan yang nipis untuk memberikan pengalaman paparan terbaik.

image is not available

Selain itu, ia dilengkapi bateri berkapasiti 7500mAh yang disokong pengecasan 100W serta nirwayar 50W. Sistem kamera turut dinaik taraf dengan LUMO periskop telefoto yang lebih kemas tanpa bonggol besar. Dari segi ketahanan pula, ia mampu melepasi beberapa pensijilan termasuk IP66, IP68, IP69 dan IP69K.

image is not available

OnePlus 15T akan hadir dengan sensor cap jari ultrasonik 3D serta ekosistem aksesori magnetik seperti pengecas, kerangka pelindung dan sistem penyejuk. Bukan itu sahaja, aspek prestasi, permainan, paparan dan pengalaman juga dijanjikan dengan peningkatan besar. Untuk butiran lebih lengkap, rekaan rasmi peranti ini akan diperlihatkan pada masa akan datang.

  • Weibo (Diterjemah semula)