Pico mengumumkan Project Swan yang merupakan set kepala VR terkini mereka dengan ia akan dipasarkan tahun ini. Ia sepasang set kepala VR mercu dilengkapi skrin Micro‑OLED generasi baharu dengan ketumpatan pixel pada skrin hampir 4,000 PPI.

Turut didedahkan ialah ia akan dikuasakan cip dengan CPU dan GPU dua kali ganda lebih berkuasa berbanding Snapdragon XR2 Gen 2 yang digunakan pada set kepala mereka sebelum ini. Dua cip akan disertakan dengan satu daripada kelas mercu dan satu lagi adalah cip Pico sendiri yang mengawal pemproses imej dan pandangan komputer. Kesemuanya diproses dengan masa pendam hanya 12ms.
Imej acah yang dikongsi merujukkan rekanan seakan Apple Vision Pro lengkap dengan kaca di hadapan. Set kepala ini akan dilancarkan pada penghujung tahun ini dengan ia akan ditawarkan ke pasaran global.
