Ulasan Xiaomi 17 – Maharaja Kecil

TechnologyDigital
3 Mar 2026 • 4:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pasaran peranti kecil semakin menyusut kerana ramai berfikir dengan membayar lebih sedikit mereka boleh membeli peranti dengan skrin dan bateri lebih besar. Bagi yang mencari peranti kecil tetapi tiada kompromi, tahun lalu Xiaomi 15 membuktikan ia mampu dilakukan. Setahun sudah berlalu adakah Xiaomi 17 masih lagi layak diberikan takhta Maharaja Kecil

image is not available

Spesifikasi

Xiaomi 17
Skrin6.3″ OLED, LTPO
QHD+, 120Hz, Dolby Vision, HDR10+
PemprosesQualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3nm)
Cip2x Oryon V3 Phoenix L 4.6 GHz
6x Oryon V3 Phoenix M 3.62 GHz
GPUAdreno 840
RAM12GB LPDDRR5x
12GB Memori maya
Storan256/512 GB UFS 4.1
Kamera Utama50MP f/1.6, OIS (Sudut Lebar)
50MP f/2.3 (Ultra Sudut Lebar)
50MP f/2.0, OIS (Telefoto 2.6X)
Kamera Hadapan50 MP f/2.2
Bateri6330 mAh
Pengecasan berwayar 100W
Pengecasan nirwayar 50W
Berbalik 10W
SIM/TelefoniDwi SIM/5G
NFCYa
Bicu AudioTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanCap jari bawah skrin ultrasonik
Imbasan wajah
HargaRM 3499 (12/256GB)
RM 3799 (12/512GB)

Skrin

Skrin adalah sebesar 6.3″ OLED yang digunakan menyokong kadar segar semula 120Hz secara LTPO dan mempunyai keterangan maksimum 3500 nits. Ianya juga rata dengan saiz bezel yang cukup nipis. Harus saya akui skrin Xiaomi 157adalah agak kecil untuk tangan saya yang sudah terbiasa dengan skrin 6.6″ dan ke atas tetapi ia adalah saiz yang cukup baik bagi mereka yang mencari peranti bersaiz kompak. Selepas seminggu digunakan menjadi asal bisa tegal biasa. Skrin tahun ini sebenarnya lebih kecil berbanding tahun lalu (6.36″) tetapi lebih terang (3200 nit).

image is not available

Skrin boleh memaparkan kandungan HDR10+ dan Dolby Vision seperti tahun lalu yang dilindungi panel kaca tahan lasak Xiaomi Shield Glass. Paparan warna dan kandungan adalah jelas serta cantik. Tiada isu melihat kandungan di bawah matahari yang terang. Semua tatalan juga dikesan dengan baik. Sistem haptik yang digunakan juga memberikan getaran realistik mengikut menu yang sedang diakses pada aplikasi.

Biometri

image is not available

Sebuah pengimbas cap jari ultrasonik turut dikekalkan di bawah skrin dengan kedudukannya strategik memudahkan proses menyahkunci peranti. Penggunaan sensor ultrasonik membolehkan Xiaomi 17 dinyahkunci walaupun jari basah ataupun kotor dengan cukup pantas.

Imbasan wajah juga boleh digunakan asalkan bukan dalam situasi keadaan yang terlalu gelap gelita. Dalam majoriti situasi, skrin dinyakunci dalam masa sekelip mata. Walaupun peranti tidak betul-betul di hadapan wajah, sistem imbasan boleh menyahkunci. Oleh itu saya lebih menyukai sistem imbasan wajah Xiaomi 17 berbanding imbasan jari.

Rekaan

Rekaan tidak banyak berbeza dengan Xiaomi 17 kerana sisi rata dengan bucu sahaja dibulatkan. Tubuh terasa tegap di dalam tangan kerana bingkai logam digunakan. Panel belakang terasa seperti diperbuat daripada polikarbonat membolehkan pengecasan nirwayar dan berbalik dilakukan. Sungguhpun begitu magnet yang digunakan pada panel belakang tidak begitu kuat. Walaupun dipadankan dengan pengecas nirwayar Xiaomi, ia tidak begitu kuat jika dibandingkan dengan magnet di belakang iphone. Permukaannya tidak berkilat dan oleh itu tidak mudah kotor.

image is not available

Butang kuasa dan laras audio diletakkan di sisi kanan. Kedua-dua butang diperbuat daripada logam yang membuatkan proses menekannya terasa cukup selesa. Kekisi audio, port pengecas USB-C dan talam SIM diletakkan di bahagian bawah. Tiada lubang speaker di bahagia atas oleh itu salah satu speaker menembak ke depan dan satu lagi ke sisi.

Pemancar infra merah diletakkan dalam bonggol kamera di belakang peranti seperti Xiaomi 15. Dengan ini saya tak perlu lagi memegang Xioami 17 seperti alat kawalan jauh untuk menggunakannya. Dalam posisi menegak penyaman udara di rumah dapat dikawal. Bonggol tahun ini lebih dibulatkan dan nampak lagi kecil tetapi masih menempatkan 3 lensa kamera utama. Ketinggian bonggol adalah sederhana sahaja dena dengan saiznya yang besar, membuatkan ia masih boleh diletakkan rata di atas permukaan meja.

image is not available

Tubuh peranti adalah selesa di dalam tangan kerana saiznya yang kecil dengan ia melepasi piawaian kalis debu serta air IP68. Tidak akan timbul isu peranti terasa terlalu berat atau tidak seimbang. Semua yang baik daripada Xiaomi 15 tahun lalu dikembalikan semula pada Xiaomi 17.

image is not available

Penggunaan dan Perisian

Sistem operasi HyperOS 3.0.12 yang saya gunakan adalah berasaskan Android 16 tetapi beberapa penambahahan oleh Xiaomi. Antaramuka berfungsi dengan lancar serta cukup responsif. Antara yang menarik perhatian ialah HyperIsland yang mirip dengan Dynamic Island di iOS. Tingkap mini HyperIsland boleh memaparkan maklumat pengecasan, tahap bateri fon telinga, aktiviti secara langsung, kawalan muzik dan banyak lagi. Dua aktiviti boleh dipaparkan oleh HyperIsland dengan satu dalam tingkap berbentuk bujur dan satu lagi dalam bulatan.

image is not available

Pemperibadian baharu pada skrin kunci juga diperkenalkan. Video sinematik boleh digunakan dengan menerusi maklumat 3D boleh menyorokkan widget seperti jam di belakang elemen dalam video. Bagi yang lebih gemarkan animasi, video sinematik boleh diubah menjadi gaya anime menggunakan kecerdasan buatan (AI).

image is not available

Terdapat sokongan Circle to Search dan Google Gemini secara terbina. Xiaomi HyperAI pula boleh melakukan alih bahasa secara masa nyata, suntingan gambar, membesarkan gambar, ringkasan dokumen, melakukan transkrip daripada audio yang dirakam, dan menghasilkan sari kata untuk video secara automatik. Saya tidak akan menyentuh secara panjang lebar kerana semua ciri AI ini sama sahaja dengan yang kini ditawarkan pada majoriti peranti Android mercu cuma dengan “perisa” berbeza oleh setiap pengeluar.

Yang membezakan peranti Xiaomi ini dengan siri Galaxy S26 yang juga baru diumumkan ialah, ciri ejen AI Google Personal Intelligence adalah eksklusif pada peranti Samsung sahaja pada ketika ini. Memandangkan ciri ini hanya diberikan kepada pengguna di Korea Selatan dan Amerika sahaja, pembeli Xiaomi 17 di Malaysia sebenarnya tidak mengalami kerugian yang ketara pada ketika ini.

image is not available

Satu lagi ciri menarik khususnya jika anda juga pengguna ekosistem Apple ialah, Xiaomi 17 boleh digunakan bersama iPhone, iPad dan Macbook. Selepas aplikasi Xiaomi Interconnectivity dipasang saya boleh memaparkan skrin Xiaomi 17 pada MacBook sama seperti sebuah iPhone menerusi Home screen+. Penghantaran fail rentas platform turut boleh dilakukan menggunakan Xiaomi Share. Tahun lalu isu ini tidak begitu lancar tetapi tahun ini ia terasa seperti aplikasi natif Apple.

Penanda Aras

Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 digunakan pada Xiaomi 17 dengan ia dipadakan dengan memori 12GB LPDDR5X dan storan sehingga 512GB UFS 4.1. Ini meletakkannya dalam kategori peranti mercu berkuasa. Berikut adalah markah dicatatkan dalam ujian Antutu 3D, Geekbench dan 3D Mark Wildlife Extreme. Markah dibandingkan dengan peranti-peranti di bawah.

  • Samsung Galaxy S26 Ultra – Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy
  • Realme GT8 Pro – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • iQOO 15 – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Honor Magic8 Pro – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Vivo X300 Pro – Dimensity 9500
  • OnePlus 15 – Snapdragon 8 Elite Gen 5
  • Oppo Find X9 Pro – Dimensity 9500
  • Apple iPhone 17 Pro – A19 Pro

AnTuTu 3D

PerantiSkor
Xiaomi 173,530,586
Samsung Galaxy S26 Ultra3,136,285
Realme GT8 Pro3,066,488
iQOO 153,726,305
Honor Magic8 Pro3,424,247
Vivo X300 Pro3,507,869
OnePlus 153,720,096
Oppo Find X9 Pro3,472,342
Apple iPhone 17 Pro2,634,345
image is not available

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Xiaomi 1732949416
Samsung Galaxy S26 Ultra365110,819
Realme GT8 Pro34828153
iQOO 1534809789
Honor Magic8 Pro35879853
Vivo X300 Pro350710469
OnePlus 15355310484
Oppo Find X9 Pro31589298
Apple iPhone 17 Pro35608835
image is not available

3DMark Wildlife Extreme

CipSkor
Xiaomi 175491
Samsung Galaxy S26 Ultra7375
Realme GT8 Pro5461
iQOO 156788
Honor Magic8 Pro7659
Vivo X300 Pro7075
OnePlus 156741
Oppo Find X9 Pro6127
Apple iPhone 17 Pro5873
image is not available

Peranti terasa lancar dan pantas selari dengan markah yang dicatatkan dalam penanda-penanda aras di atas. Dari segi prestasi ia kompetitif dengan peranti Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Dimensity 9500 di pasaran. Saya boleh katakan dari sudut pengalaman penggunaan tiada perbezaan ketara antara semua peranti yang disenaraikan di atas.

Perbezaan hanyalah pada kepanasan peranti selepas sesi permainan video dan kadar bingkai dalam permua tertentu. Paling panas masih lagi OnePlus 15 walaupun skor yang dicatatkan tinggi. Permainan seperti COD Mobile, Wuthering Waves dan Genshin Impact boleh dimainkan pada tetapan tinggi tanpa sebarang isu besar.


Kamera

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP f/1.6 (OIS), ultra sudut lebar 50MP f/2.3 , dan telefoto 2.6X 50MP f/2.4 (OIS) dan telefoto periskop 50MP f/2.0 (OIS). Ini dipadankan dengan kamera hadapan 50MP f/2.0. Perubahan hanya dilakukan pada sensor kamera swafoto yang sebelum ini hanya sebesar 50MP

image is not available

Mod Leica Vibrant, Leica Authentic, Leica BW dan Leica BW High Contrast kembali dengan setiap satunya dengan “resipi” warna berbeza. Saya paling sukakan profil Leica Vibrant yang meningkatkan keterangan warna dan paling serasi untuk kebanyakan situasi. Leica Authentic nampak lebih gelap dan moody seperti diambil menggunakan filem.

Dalam semua situasi gambar yang boleh diambil sistem kamera ini adalah sangat memuaskan. Pujian saya berikan kepada penghasilan semula warna dan mod malam yang masih nampak terang dibantu oleh sistem HDR yang memastikan semua objek dapat dilihat dengan baik. Kamera juga berfungsi dengan pantas apabila diperlukan.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Audio

Terdapat speaker stereo dengan audio yang sedikit kurang seimbang. Ianya sedikit kurang lantang mengikut telinga saya. Sistem audio Dolby Atmos dan Xiaomi Sound boleh digunakan dengan terdapat tetapan EQ terbina untuk mengubah profil audio mengikut kehendak pengguna. Untuk menonton video saya rasakan memuaskan. Tetapi untuk pengalaman audio terbaik gunakan aksesori fon telinga atau kepala berasingan,.

image is not available
Xiaomi HyperIsland

Bateri

Bateri 6330 mAh tahun ini lebih besar berbanding 5240 mAh tahun lalu. Masih lagi dari jenis silikon karbon dan menakjubkan bateri sebesar ini boleh dimuatkan dalam tubuh kecil. Adalah memalukan melihat Samsung dan Apple masih “gigih” menawarkan bateri sekitar 5000 mAh sahaja sedangkan pesaing China berlumba-lumba menawarkan bateri bersaiz besar sebagai standard.

image is not available

Bateri boleh bertahan lebih daripada sepanjang hari dalam penggunaan sederhana dan biasa. SOT sekitar 12-13 jam boleh dinikmati dengan konsisten. Hayat bateri yang sangat cemerlang sehingga saya tidak perlu lagi keluar membawa powerbank.

Terdapat sokongan pengecasan 100W secara berwayar dan sehingga 50W secara nirwayar. Ini memerlukan pengecas Xiaomi sendiri yang tidak disertakan dalam kotak. Semasa ulasan dilakukan, saya hanya mampu mengecas pada kuasa 50W dan tempoh pengecasan adalah sekitar 50 minit yang masih pantas untuk kapasiti bateri yang besar.


Pesaing

Xiaomi 17Samsung Galaxy S26 Vivo X300
6.3″ OLED LTPO, 120Hz
Dolby Vision, 3500 nit
6.3″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 2600 nit6.13″ LTPO MOLED,60Hz,
HDr10+, 4500 nit
Snapdragon 8 Elite Gen 5(3nm)
2x Oryon V3 Phoenix L 4.6 GHz
6x Oryon V3 Phoenix M 3.62 GHz
Exynos 2600 (2nm)
1x C1-Ultra 3.80 GHz
3x C1-Pro 3.25 GHz
6x C1-Pro 2.75 GHz
Dimensity 9500 (3nm)
1x C1-Ultra 4.21 GHz
3x C1-Premium 3.5 GHz
4x C1-Pro 2.7 GHz
Adreno 840Xclipse 960Arm G1-Ultra
12 GB LPDRR5X12 GB LPDRR5X8GB RAM
256/512 GB UFS 4.1512 GB UFS 4.0128/256/512 GB NVMe
Kamera Utama
50 MP, f/1.6 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.3 (Ultra Lebar),
50 MP, f/2.0 (Telefoto 2.6X), OIS
Lensa Leica
Kamera Utama
50 MP, f/1.8 (Sudut Lebar), OIS
12 MP, f/2.2 (Ultra Lebar),
10 MP, f/2.4 (Telefoto 3X), OIS
Kamera Utama
200 MP, f/1.7 (Sudut Lebar), OIS
50 MP, f/2.0 (Ultra Lebar),
50 MP, f/2.6 (Telefoto 3X), OIS
Kamera Hadapan
50 MP f/2.2
Kamera Hadapan
12 f/2.2 MP
Kamera Hadapan
50MP f/2.0
IP68IP68IP68
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
6330 mAh
Berwayar 100W
Nirwayar 50W
Berbalik 10W
4300 mAh
Berwayar 25W
Nirwayar 15W
Berbalik 4.5W
6040 mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 40W
RM 3499 (12/256GB)
RM 3699 (12/512GB)
RM 5199 (12/512GB)RM 3599 (12/256GB)
RM 3899 (16/512GB)

Dalam Kotak

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.

  • 1x Xiaomi 17
  • 1x Kerangka lutsinaar
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.
image is not available

Kesimpulan

Xiaomi 17 ialah telefon pintar mercu bersaiz dengan skrin mantap, cip cukup berkuasa, kemampuan kamera mengagumkan, bateri besar dicas pantas dan perisian yang semakin baik. Semuanya pada harga bermula RM3499 sahaja yang tidak berbeza dengan harga tahun lalu. Adalah menakjubkan Xiaomi masih boleh menawarkan harga tahun lalu dalam mana kita berhadapan krisis kekurangan RAM yang kronik. Xiaomi membuktikan peranti kecil tidak semestinya mengorbankan bateri, skrin dan kamera seperti yang dilakukan Samsung dan Apple selama ini.

image is not available

Pesaingnya yang paling hampir ialah Vivo X300 yang tak kurang hebatnya tetapi dengan kamera utama lebih besar, harga sedikit sahaja lebih tinggi dan bateri yang sedikit sahaja lebih mahal. Dalam situasi peranti dijual semakin mahal tahun ini, Xiaomi 17 dan Vivo X300 adalah dua pilihan berbaloi bagi mereka yang mencari peranti kompak harga patut dilengkapi teknologi kamera yang mantap.

Pro

  • Rekaan tubuh kecil kompak sedap di dalam tangan.
  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 berkuasa untuk aplikasi biasa dan permua.
  • Prestasi kamera yang amat bagus dengan lensa Leica.
  • Kalis air dan debu IP68
  • Ketahanan bateri amat baik pengecasan juga pantas.
  • Menerima 5 versi OS dan 6 tahun tampalan sekuriti.

Kontra

  • Speaker kurang lantang.
  • Tiada pengecas 100W dalam kotak.
  • Spesifikasi kamera sama dengan tahun lalu.

image is not available