Lebih mudah keluarkan KWSP secara terus - Johari

9 Apr 2023 • 11:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Johari

SHAH ALAM - Lebih mudah jika orang ramai dibenarkan mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara terus daripada menggunakannya sebagai fasiliti sokongan untuk memohon pinjaman bank.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Bekas Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia berikutan peminjam akan dibebani dengan bayaran faedah yang dikenakan ke atas pinjaman itu.

Menurutnya, skim itu juga mengambil masa untuk diproses oleh bank dari segi semakan kredit dan penyediaan perjanjian undang-undang.

“Kalau awak pinjam RM70,000, bayar faedah katakanlah lima peratus setahun iaitu RM3,500. Untuk 10 tahun, faedah sahaja RM35,000.

“Maknanya, awak ambil pinjaman RM70,000 dan faedah selama 10 tahun sebanyak RM35,000. Jumlah bersih yang awak terima daripada pinjaman RM35,000.

“Kalau itu saja jumlahnya, adalah lebih baik gunakan saja duit KWSP secara terus RM35,000. Tak payah nak bayar faedah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada 9 Mac lalu, kerajaan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi tersebut sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Pada Isnin lalu, KWSP mengumumkan pencarum berusia 40 hingga 54 tahun boleh memohon pinjaman bank menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bermula 7 April tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved