
Kota Kinabalu: Lebih ramai wanita di Sabah digesa mendaftar untuk Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi menerima perlindungan terhadap sebarang musibah yang mungkin menimpa mereka semasa menjalankan tugas domestik.
Hanya 84 wanita dari negeri ini telah mendaftar untuk SKSSR setakat 20 Disember, menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Izad Haji Raya berkata skim itu mula dikuatkuasakan pada 1 Disember.


