Lebih setahun menyepi di IG, Ira Kazar kongsi foto baru dengan kuda

LocalEntertainment
19 Aug 2024 • 10:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kongsi foto baru di laman Instagramnya selepas lebih setahun menyepi di aplikasi tersebut telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ira pada Ahad, dia yang mengenakan penampilan serba biru kelihatan gembira dapat meluangkan masa dengan dua ekor kuda.

Dalam perkongsian itu juga, dia turut menyelit sepotong video pendek membelai dan membersihkan bahagian mata seekor kuda menggunakan tisu.

Ira Kazar kongsi foto baru

image is not available

“Introducing these beautiful creatures Santana & Jenggo,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

image is not available

image is not available

Ira Kazar kongsi foto baru

image is not available

Ira dipuji netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat anak pelakon senior, Kazar Saisi itu tampak lebih menawan selepas mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Macam muka Turkish!

Bukan itu sahaja, ada individu memberitahu wajah Ira Kazar mirip seperti wanita Turki malah netizen sudah mulai menyukai personaliti wanita terbabit yang menunjukkan aura positif di media sosial.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Terdahulu, nama Ira menjadi bualan hangat ramai apabila bergelar isteri kedua kepada Syamsul selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu mengumumkan sendiri berita tersebut di Instagram pada 5 Januari 2023.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana yang juga isteri pertama Syamsul pada ketika itu bertindak memfailkan perceraian sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Sumber: Instagram @Ira Kazar