Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Alor Pongsu sesak, kereta terbakar

2 Sep 2026 • 12:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Alor Pongsu sesak, kereta terbakar

PETALING JAYA– Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berdepan gangguan trafik susulan sebuah kenderaan terbakar di Kilometer (KM) 183.6, hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan kejadian itu berlaku di laluan dari Alor Pongsu menghala ke Bukit Merah.

Menurut kenyataan itu, kejadian dilaporkan pada kira-kira pukul 11.52 pagi, menyebabkan lorong kiri dan lorong kecemasan terhalang.

“Susulan terdapat kereta terbakar di KM 183.6 arah Selatan dari Alor Pongsu ke Bukit Merah. Lorong kiri dan lorong kecemasan terhalang.

“Trafik terkawal. Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu!” katanya.

LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya meningkatkan kewaspadaan ketika melalui kawasan berkenaan serta mengelakkan lokasi insiden bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Punca kebakaran dan keadaan mangsa belum dinyatakan dalam kenyataan berkenaan.- KOSMO! ONLINE.

The post Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Alor Pongsu sesak, kereta terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved