![Image from: [KEMASKINI] Semua lorong KLK dibuka, trafik hala KL masih sesak](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-19.59.48-e1788350623606-1024x591.jpeg)
PETALING JAYA – Semua lorong di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah barat dari Genting Sempah ke Gombak sudah dibuka sepenuhnya petang tadi selepas kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan selesai.
Bagaimanapun, aliran trafik di laluan berkenaan masih sesak susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 31.8 lebuh raya tersebut.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi kemas kini pada pukul 7.32 malam memaklumkan, pengguna masih berdepan kesesakan meskipun semua lorong telah kembali dibuka.
“Status terkini, kerja-kerja pembersihan selesai. Semua lorong telah dibuka sepenuhnya. Trafik masih sesak,” katanya.
Sebelum ini, pada pukul 7.20 malam, kerja-kerja pembersihan masih dijalankan di lokasi kejadian dengan hanya lorong kanan dibuka kepada pengguna.
Ketika itu, lorong tengah dan perlahan ditutup sementara sehingga menyebabkan kesesakan trafik mencecah kira-kira 12 KM.
LLM turut menasihatkan pengguna supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan selain sentiasa berhati-hati ketika memandu.– KOSMO! ONLINE
The post [KEMASKINI] Semua lorong KLK dibuka, trafik hala KL masih sesak appeared first on Kosmo Digital.


![[VIDEO] Lagi kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan kedua-dua arah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-1.44.22-PM-1024x705.jpeg)



