![Image from: [VIDEO] Lagi kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan kedua-dua arah](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-1.44.22-PM-1024x705.jpeg)
PETALING JAYA– Satu lagi kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 328.3 arah utara dari Bidor ke Tapah, tengah hari tadi.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi makluman pada pukul 12.24 tengah hari memaklumkan, kemalangan berkenaan menyebabkan lorong kanan arah selatan dan lorong kanan arah utara terhalang.
“Susulan terdapat kemalangan di KM 328.3 arah utara dari Bidor ke Tapah. Lorong kanan arah selatan dan lorong kanan arah utara terhalang.
“Trafik perlahan,” menurut kenyataan tersebut.
Berdasarkan gambar dikongsikan LLM, sebuah bas persiaran dilihat terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan di lebuh raya berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung punca kejadian, jumlah mangsa atau kecederaan dilaporkan.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan dan berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
Plus turut mengingatkan pengguna supaya mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan keselamatan sepanjang pemanduan.-KOSMO ONLINE
The post [VIDEO] Lagi kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik perlahan kedua-dua arah appeared first on Kosmo Digital.

![[KEMASKINI] Semua lorong KLK dibuka, trafik hala KL masih sesak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-02-at-19.59.48-e1788350623606-1024x591.jpeg)



