Lebuhraya Bertingkat SUKE Fasa 1 Dibuka Hari Ini, Pengguna Jalan Akan Dapat Toll Free

16 Sep 2022 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Fasa 1 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang SUKE telah dibuka secara rasmi untuk kegunaan awam hari ini (16 September) pada Hari Malaysia pada jam 12 tengah hari tadi.

Bukan sahaja membantu dalam kurangkan kesesakan, semua pengguna lebuh raya akan menikmati perjalanan bebas tol selama sebulan, berkuat kuasa hari ini, lapor Sin Chew menerusi WORLD OF BUZZ.

Berita baik itu diumumkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof petang semalam (15 September) pada majlis perasmian rasmi di plaza tol Bukit Teratai.

image is not available

Fasa 1 SUKE menjangkau sejauh 16.6 km dan dijangka dapat mengurangkan 30% kesesakan di sepanjang jalan seperti Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan 12% di Jalan Loke Yew. Perjalanan yang dijangka mengambil masa 75 minit dapat dikurangkan kepada 25 minit.

Setakat ini, fasa pertama SUKE akan melalui lebuh raya Cheras-Kajang dan Cheras Hartamas. Berikut ialah senarai jalan keluar dan jalan masuk yang lain.

  • Tasek Tambahan
  • Permai
  • Taman Kosas
  • Pekan Ampang
  • Ampang Point
  • Taman Hillview
  • Bukit Antarabangsa

Ia juga merangkumi dua plaza tol iaitu Bukit Teratai dan pintu tol Ampang, serta kawasan rehat. Dalam pada itu, jejambat bertingkat di SUKE adalah setinggi 56.4 meter, yang bersamaan dengan bangunan 18 tingkat.

Apabila siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan, SUKE akan menjadi jalan sepanjang 24.4km yang bermula dari Sri Petaling, yang menghubungkan Lebuhraya Kesas, sehingga ke Jalan Hulu Kelang.

image is not available

Setelah siap, terdapat 14 persimpangan akan disediakan yang dijangka menghubungkan pengguna ke lebuh raya ini.

  • KL-Seremban Expressway
  • Sungai Besi Expressway (Besraya)
  • Cheras-Kajang Expressway (CKE)
  • MRR2
  • Ampang-Kuala Lumpur Elevated Expressway (Akleh)
  • Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE)

image is not available

Dari segi keselamatan, yakin bahawa pemandu boleh melakukan perjalanan dengan aman kerana lebuh raya itu akan dipantau oleh 40 CCTV dan akan dilengkapi dengan 22 telefon kecemasan.

image is not available

Selain itu, pengendali akan dimaklumkan tentang sebarang insiden seperti kerosakan & kemalangan di sepanjang lebuhraya itu kerana ia dilengkapi dengan 22 peranti yang membentuk sebahagian daripada sistem pengesanan kemalangan kenderaan secara automatik.

image is not available

Jika korang dalam perjalanan ke destinasi melalui SUKE hari ini, jangan lupa untuk memandu dengan selamat dan semoga kesesakan lalu lintas nanti datang akan menunjukkan peningkatan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.