Lebuhraya LDP Kini Mengaktifkan Ujian Pembayaran Tol Guna Kad Debit / Kredit

TechnologyDigitalCars
21 Aug 2023 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ujian penggunaan pembayaran tol menggunakan kad debit dan kredit sedang diimplementasikan secara berperingkat oleh pelbagai penyedia lebuhraya. Selepas lebuhraya MEX, KESAS dan SPRINT, kini pihak lebuhraya LDP turut telah mengimplementasikan penggunaan kad kredit dan debit untuk pembayaran – sebagai alternatif kepada kad Touch n Go.

image is not available

Lebuhraya LDP (Damansara – Puchong) dilihat turut melabelkan plaza tol khusus untuk pembayaran menggunakan kaedah alternatif ini – sekaligus memudahkan lagi para pengguna. Seperti biasa, pengguna hanya perlu menyentuh kad debit atau kredit pada terminal yang disediakan, dan ia akan diproses untuk pembayaran tol.

image is not available

Memandangkan ia menggunakan teknologi berasaskan gelombang, maka kaedah pembayaran menggunakan peranti seperti Apple Pay, Samsung Pay dan sebagainya juga akan turut disokong pada terminal ini.

Kerajaan menyasarkan sebanyak 12 plaza tol akan menyokong pembayaran menggunakan kad kredit atau debit sebagai alternatif Touch n Go menjelang September 2023 kelak, termasuk di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE) dan Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta – Ulu Klang (DUKE).