Tol LDP dan SPRINT mula terima kad debit dan kredit, uji Sistem Pembayaran Terbuka

21 Aug 2023 • 12:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) di plaza tol telah mula diuji di lebuhraya MEX. Kini ia telah mula diuji di lebuhraya LDP dan SPRINT. Dengan SPT, pengguna lebuhraya boleh menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol, selain kad Touch n Go yang sedia ada.

image is not available

Menurut Kumpulan Litrak, terminal kad di tol LDP dan SPRINT hanya menerima kad MasterCard, Visa dan MyDebit sahaja. Ia serupa dengan tol MEX, iaitu kad American Express (AMEX) tidak diterima.

Pengguna lebuhraya LDP dan SPRINT, boleh melihat laluan SPT menerusi papan tanda besar di atas laluan. Laluan ini dilengkapi terminal kad yang berbeza dengan terminal Touch n Go. Terminal kad ini memiliki skrin LCD yang memaparkan jumlah bayaran dan status transaksi.

image is not available

Untuk membayar tol menggunakan kad debit atau kredit, harus menggunakan laluan khas SPT dengan melihat papan tanda di atas laluan. Kemudian sentuh kad debit atau kredit pada terminal kad sehingga transaksi selesai.

SPT akan diuji di 12 lebuhraya menjelang September 2023. Ia adalah langkah pertama kerajaan untuk menamatkan monopoli pembayaran tol menggunakan Touch n Go. Dengan ini, pengguna lebuhraya memiliki lebih banyak pilihan membayar tol iaitu kad Touch n Go, SmartTAG, RFID dan kad debit/kredit.

Kami telah menguji pembayaran tol MEX menggunakan pelbagai kad debit dan kredit, termasuk menggunakan Apple Pay dan Samsung Pay. Ianya lambat sedikit berbanding kad Touch n Go, tetapi sangat lancar. Anda boleh melihat ujian kami di sini.

[Sumber: Litrak]

Bacaan Berkaitan