Ledakan AI pacu syarikat Malaysia dalam senarai Forbes Asia

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 2:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Ledakan AI pacu syarikat Malaysia dalam senarai Forbes Asia

Forbes Asia umum senarai ‘Terbaik di Bawah Satu Bilion 2026’, jumlah syarikat Malaysia meningkat lebih dua kali ganda kepada 19 didorong ledakan infrastruktur AI.

SINGAPURA: Forbes Asia mengumumkan senarai ‘Terbaik di Bawah Satu Bilion 2026’ yang menampilkan 200 syarikat tersenarai kecil dan sederhana berprestasi terbaik di Asia Pasifik, dengan jumlah syarikat Malaysia dalam senarai itu meningkat lebih dua kali ganda kepada 19.

Menurut Forbes Asia dalam kenyataan hari ini, lebih separuh daripada syarikat Malaysia yang disenaraikan menerima manfaat daripada ledakan pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di negara itu.

“Syarikat kecil dan sederhana yang disenaraikan dalam pengiktirafan itu pada tahun ini berjaya mengharungi cabaran ketegangan geopolitik serta ketidaktentuan pasaran tenaga.

“Senarai kali ini didominasi oleh syarikat yang seiring dengan perkembangan pesat sektor teknologi dan ledakan AI global,” menurutnya.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, China mencatatkan jumlah syarikat tertinggi yang disenaraikan iaitu 28 syarikat, diikuti India pada kedudukan kedua melibatkan 27 syarikat.

Syarikat Malaysia Southern Cable Group, pengeluar kabel voltan rendah dan voltan tinggi, membuat kemunculan pertama dalam senarai itu, dengan sokongan perkembangan pesat industri pusat data yang menyumbang sebanyak 15 peratus daripada hasil syarikat berjumlah RM1.8 bilion pada 2025.

Senarai ‘Terbaik di Bawah Satu Bilion 2026’ menampilkan 200 syarikat tersenarai awam daripada kira-kira 19,000 syarikat di rantau Asia Pasifik yang mempunyai jualan tahunan melebihi US$10 juta (US$1 = RM4.09) dan di bawah US$1 bilion.

Menurut Forbes Asia, syarikat perisian serta pembekal komponen elektronik utama dan peralatan untuk industri semikonduktor menyumbang 25 peratus daripada syarikat yang layak.

“Sebahagian syarikat lain pula memanfaatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga boleh baharu yang semakin berkembang dengan memenuhi permintaan industri yang meningkat terhadap peralatan dan perkhidmatan khusus,” menurutnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved