Lee Dong Wook Umum Bawa Watak Realistik, Akui Penat Bawa Lakonan Fantasi

EntertainmentLifestyle
15 Jul 2025 • 5:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon Korea Selatan, Lee Dong Wook mengakui sudah mulai letih membawa watak berunsur fantasi biarpun pernah melakar kejayaan besar meraih tontonan melebihi 20%.

Lee Dong Wook bawa watak realistik

image is not available

Foto: Rolling Stone India

Lee mendedahkan perkara tersebut menjadi sebab mengapa dirinya memilih untuk membintangi drama terbaharu terbitan JTBC yang berjudul “The Nice Guy”.

Dia menjelaskan setelah bertahun-tahun bergiat aktif dalam drama genre fantasi pasti akan berasa letih dan ingin mencuba sesuatu perkara yang baharu.

“Dalam empat hingga lima tahun kebelakangan ini, saya banyak memberi tumpuan kepada drama fantasi.

“Ia sangat meletihkan apabila perlu mencipta satu dunia baharu, terbang di langit menggunakan kabel, atau menjadi pakcik dari alam lain,” kata Lee baru-baru ini.

Foto: Hype Malaysia

Pelakon drama Goblin itu berkata dia merindui untuk melakonkan watak-watak realiti kisah sebenar dan tidak mahu lagi berimaginasi melibatkan perkara yang tidak pernah wujud.

“Apabila saya membaca skrip untuk ‘The Nice Guy’, saya rasa seolah-olah kaki saya akhirnya kembali berpijak di bumi. Saya ingin melakonkan sesuatu yang lebih realistik,” jelasnya.

Difahamkan, watak baharu yang akan dibawakan oleh Lee jauh lebih ringkas dan akan memperlihatkan sebahagian sisi sebenar pelakon itu yang tampil membawa watak sebagai seorang manusia biasa.

Sumber: KBIZoOM