Selepas ‘Goblin’ & ‘Tale Of The Nine-Tailed’, Lee Dongwook Akui Dah Penat Berlakon Dalam Drama Fantasi

EntertainmentLifestyle
15 Jul 2025 • 2:00 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lee Dong-wook sememangnya popular dengan drama bertemakan fantasi kan?

Namun menerusi sesi sidang media drama terbarunya iaitu “The Nice Guy”, Lee Dong-wook akui bahawa dia dah penat untuk membintangi drama genre fantasi seperti “Goblin” dan “Tale of the Nine-Tailed”. Luahnya,

Sejak empat hingga lima tahun yang lalu, saya banyak beri tumpuan kepada drama fantasi. Saya dah letih untuk sentiasa mencipta pandangan dunia baru, untuk terbang melalui langit menggunakan wayar atau menjadi bapa saudara dari alam lain.

image is not available

Disebabkan itu, dia memilih untuk terlibat dalam “The Nice Guy” bersama Lee Sung-kyung, yang membawa kisah cucu sulung kepada keluarga samseng tiga generasi yang terkenal.

Kongsinya mengenai persiapan yang dia lakukan untuk drama tersebut,

Saya tidak menyediakan apa-apa yang istimewa untuk watak ini. Ia lebih seperti lakonan setiap hari. Awak mungkin akan melihat sebahagian daripada Lee Dong-wook sebenar dalam watak Park Seok-cheol.

Sementara itu, “The Nice Guy” akan mula bersiaran 18 Julai ini. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.