Lee Jungjae Dilapor Beli Bangunan 6 Tingkat Bernilai Lebih RM74 Juta

Business & Finance
24 Jul 2024 • 1:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah lama berada dalam industri, tak terkejutlah kalau Lee Jung-jae merupakan antara pelakon paling kaya kini.

Terbaru, media melaporkan bahawa Lee Jung-jae telah membeli sebuah bangunan di Cheongdam-dong bernilai 22 bilion won (RM74,231,300).

Untuk pengetahuan, bangunan yang dibeli pelakon lelaki adalah besar 6 tingkat dengan 2 tingkat bawah tanah.

image is not available

Sebelum ini, Lee Jung-jae juga telah membeli bangunan di tempat yang sama, bersama Jung Woo-sung pada 3 tahun lalu. Ia menjadikannya pemilik bangunan terkumpul bernilai kira-kira 55 bilion kini.

Tahniah Lee Jung-jae!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.