
Pingat ini juga merupakan pingat Olimpik pertama yang digapai oleh Lee Zii Jia
Lee Zii Jia Berjaya Hadiahkan Pingat Gangsa Kedua Malaysia Di Sukan Olimpik Paris 2024. Harapan seluruh warga Malaysia untuk menyaksikan Lee Zii Jia memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 akhirnya diperoleh juga selepas atlet perseorangan lelaki negara itu berjaya menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada perlawanan sebentar tadi.

Tewas pada set pertama namun buat comeback di set kedua dan ketiga
Dalam aksi yang berlangsung itu, Zii Jia menang 16-21, 21-16, 21-11 kepada pemain dari India tersebut.
Permulaan set pertama menyaksikan, Lakshya Sen tampak garang dengan mendominasikan perlawanan di pusingan pertama membuatkan Zii Jia berada dibelakang.

Di set kedua pula, tampak sengit di awal perlawanan kelihatan Zii Jia cuba mencari rentak untuk cuba menundukkan Lakshya dan berjaya mendahului lawannya itu!
Pada set ketiga, Zii Jia kemudiannya terus menerus mengasak pemain dari India itu dan membuat comeback mantap buat semua!
Perkara ini sekali gus membanggakan seluruh warga Malaysia yang masing-masing mengharapkan pingat gangsa kedua buat Olimpik Paris 2024.
Tahniah diucapkan kepada Zii Jia yang telah berusaha sedaya upaya demi meraih gangsa di sukan Olimpik Paris 2024 buat Malaysia.


