“Leher Tu Aurat Kak..” – Nabila Razali Ditegur Pakai Tudung Nampak Leher

21 Sep 2022 • 11:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memaparkan beberapa keping gambar yang menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa Bella itu dilihat sedang bersantai dan menikmati momen-momen di sebuah lokasi percutian.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah tudung yang dipakai oleh penyanyi berusia 30 tahun itu telah menampakkan bahagian lehernya dan dianggap tidak bersesuaian dengan imej berhijab.

Tenang ribut jiwa…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah menegur bahagian leher yang terdedah dan meminta Nabila untuk menjaga auratnya itu dengan lebih sempurna.

Malah, ada juga segelintir netizen yang berharap penyanyi lagu Pematah Hati itu kekal istiqamah dalam menjaga penampilannya sebagai seorang wanita muslimah.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Baru Tahu Ada Penaja Muflis.." - Selepas 5 Tahun, Aishah Akhirnya Berjaya Tuntut Hadiah GV4