Lelaki 34 Tahun Dicekup Geng Anak Muda, Cuba C*bul Wanita Di Tandas Awam

Entertainment
18 Dec 2024 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki warga tempatan diberkas selepas disyaki mencabul seorang wanita di dalam tandas awam di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang, pada petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Hussin berkata, kejadian berlaku 5.20 petang ketika seorang wanita berusia 24 tahun ingin menggunakan tandas di padang permainan itu.

Katanya, ketika memasuki tandas, mangsa mendapati satu daripada dua pintu tandas tertutup tanpa mengesyaki apa-apa yang mencurigakan.

“Semasa mangsa mahu masuk ke dalam tandas hadapan, tiba-tiba seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun telah keluar dari tandas bahagian belakang dan menyuruh mangsa diam dan terus mengunci pintu utama dan menghalang pintu tersebut.

“Mangsa kemudiannya telah menjerit untuk minta bantuan tetapi suspek telah mendekatinya menyebabkannya terjatuh dan mengambil kesempatan itu untuk menindih badan mangsa menggunakan badannya,” katanya.

image is not available

Suspek kemudian bertindak memeluk dan menutup mulut mangsa sebelum wanita itu mengigit tangan suspek dan mencakar mukanya lalu melarikan diri keluar dari tandas mendapatkan pertolongan.

Menurutnya, polis tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan suspek sudah ditahan orang ramai.

Polis mendapati suspek seorang penganggur dan mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah namun ujian air kencing negatif daripada pengaruh dadah.

image is not available

Suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan kejadian itu, memaparkan orang ramai yang dilihat dalam kalangan anak muda menahan lelaki terbabit sebelum ketibaan polis.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.