
HULU SELANGOR – Seorang lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia selepas pengsan ketika mengetuai sekumpulan pelajar tingkatan enam melakukan aktiviti mendaki di Hutan Simpan Ulu Tamu, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.35 tengah hari.
Katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada pukul 1.01 petang, kira-kira 22 kilometer dari balai.
“Kerja-kerja membawa turun mangsa dilakukan oleh pihak JBPM sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki 60 tahun maut ketika hiking appeared first on Kosmo Online.






