Maut ketika ketuai kumpulan pelajar daki Hutan Simpan Ulu Tamu

15 Sep 2026 • 12:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Maut ketika ketuai kumpulan pelajar daki Hutan Simpan Ulu Tamu

HULU SELANGOR: Seorang lelaki yang mengetuai aktiviti pendakian bersama sekumpulan pelajar tingkatan enam meninggal dunia di Hutan Simpan Ulu Tamu, Batang Kali di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa warga tempatan berusia 60 tahun pengsan ketika mengetuai pelajar tingkatan enam yang melakukan aktiviti pendakian.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata, anggota bomba kemudian melakukan kerja membawa turun mangsa dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

The post Maut ketika ketuai kumpulan pelajar daki Hutan Simpan Ulu Tamu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved