Lelaki ada rekod jenayah didakwa ‘sentuh’ anak tiri 12 tahun

13 Aug 2026 • 12:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki ada rekod jenayah didakwa ‘sentuh’ anak tiri 12 tahun

SEREMBAN – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol serta melakukan amang seksual ke atas anak tirinya yang berusia 12 tahun di Tampin.

Tertuduh berusia 37 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama serta kedua, tertuduh iaitu bapa kepada empat cahaya mata didakwa merogol anak tirinya pada sekitar Julai, masing-masing pukul 2 pagi dan 1 pagi di sebuah rumah mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada 6 Ogos lalu, kira-kira pukul 5 pagi di lokasi sama yang didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh diwakili Peguam Mohd Hanif Hassan.

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dan tarikh sebut semula kes pada 21 September. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki ada rekod jenayah didakwa ‘sentuh’ anak tiri 12 tahun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved