
TAWAU: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol anak tirinya, 12, di sebuah rumah lama dalam kawasan kebun sawit di Merotai Besar pada 7 Mac lalu.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek, 32, ditahan sekitar jam 9.50 malam pada Sabtu lepas, susulan laporan polis dibuat keluarga mangsa.
Suspek diberkas sepasukan polis daripada Balai Polis Bombalai dalam serbuan di sebuah rumah kebun sawit milik persendirian di Merotai.
Menurutnya, tangkapan itu dibuat kurang 24 jam selepas laporan polis diterima di Balai Polis Desa Kencana, Lahad Datu pada jam 12.01 tengah malam, hari sama.
Katanya, mangsa yang tinggal bersama mangsa sejak 5 Mac lalu menceritakan kejadian rogol itu kepada kakaknya yang tinggal di Felda Sahabat 20, Lahad Datu menerusi WhatsApp.
“Mangsa mendakwa dirogol suspek pada 7 Mac lalu dan diugut akan dipukul atau dicederakan sekiranya dia memberitahu kejadian itu kepada sesiapa,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mangsa akan dirujuk ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan lanjut dab kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini secara haram.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
