Lelaki Bantu Rider Tersadai, Cabut Seat Demi Sumbat Motosikal Dalam Kereta

9 Apr 2025 • 12:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Lelaki Bantu Rider Tersadai, Cabut Seat

Tular di media sosial seorang lelaki membantu penunggang motosikal yang tersadai di bahu jalan kerana kenderaan dinaikinya berdepan masalah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok @transportposmotor8380, memaparkan dia membantu ‘rider’ tersebut dengan menyumbat motosikal terbabit ke dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Bantu ‘rider’ tersada, cabut seat kereta

@transportposmotor8380

Nak tinggal rasa bersalah , tolong la mcm mne skli pun , jgn curi seat kito tu tggal sekejap #Brekdown

♬ original sound – Antonio Altiparmak

“Nak tinggal rasa bersalah jadi tolong lah walau macam mana sekali pun,” tulis lelaki itu di kapsyen baru-baru ini.

Lelaki itu juga dipercayai menyediakan perkhidmatan ‘towing’ atau menunda motosikal dan dalam perjalanan ke destinasi yang ingin dituju bersama beberapa buah motosikal yang diletakkan di bahagian belakang keretanya.

Namun, kerana ikhlas ingin membantu lelaki itu terpaksa memberhentikan kenderaannya kerana melihat seorang ‘rider’ terkandas di tepi jalan selama dua jam tanpa bantuan.

Malah, lebih menyentuh hati lagi apabila lelaki itu bertindak mencabut tempat duduk bahagian belakang kereta lalu ditambat pada papan tanda di tepi jalan bagi menyumbat motosikal ‘rider’ terbabit.

“Harapnya seat tu jangan orang curi lah pula, kita tinggal sekejap,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat keprihatinan yang ditampilkan oleh lelaki itu dan ada juga yang berasa geli hati sambil berseloroh ingin menghulurkan bantuan menjaga ‘seat’ tersebut.

Bagi location nak ambik ‘seat’

image is not available

‘Seat’ tu ada lagi ke bang

image is not available

Kau memang terbaik!

image is not available

Dalam satu perkongsian lain, pemilik video memberitahu rakannya telah membantu mengambil tempat duduk tersebut dan sempat bergurau dengan mengatakan kerusi itu dicuri terlebih dahulu olehnya membuatkan netizen sekali lagi terhibur.