Lelaki Bawa Ibu Teman ‘First Date’ Dengan Gadis Kenal Di Aplikasi, Netizen Kagum Sebab…

Entertainment
29 Oct 2022 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang boleh bayang tak korang pergi first date pastu date korang tu bawak ibu bapa atau ahli keluarga dia?

Bagi kebanyakkan orang, situasi yang min sebutkan ni mungkin sukar diterima selain boleh mendatangkan rasa tidak selesa. Lebih-lebih lagi, kalau date kita tu tak inform awal-awal dia nak bawak family dia.

image is not available

Itulah apa yang dilakukan oleh seorang content creator Instagram, Siddesh Lokare, dimana dia ada berkongsi kisah keluar ‘dating’ buat kali pertama dengan seorang gadis yang dikenali menerusi aplikasi Bumble. First date pasangan itu bagaimanapun, ditemani oleh ibu Lokare dan reaksi gadis terbabit menjadi perhatian netizen.

Menerusi laman Instagram, video Lokare itu bermula dengan lelaki terbabit sedang menyemak aplikasi Bumble iaitu sebuah aplikasi janji temu. Lokare kemudiannya membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang gadis menerusi aplikasi terbabit. Namun, tanpa pengetahuan gadis berkenaan, Lokare sebenarnya akan membawa ibunya sekali menemaninya.

Tak awkward langsung!

Menurut Lokare, meskipun idea terbabit merupakan ideanya sendiri, dia mengaku gementar sebab sukar untuk menjangkakan reaksi gadis yang baru pertama kali akan ditemui.

Pun begitu, sebaik sahaja ibu Lokare dan gadis berkenaan bersua muka, mereka ternyata tidak kekok malah, selesa dengan satu sama lain. Siap boleh makan dan borak lagi macam mana gadis tu boleh kenal anak dia.

Korang boleh tengok reaksi penuh gadis tu masa Lokare ni bawak mak dia sekali kat bawah ni:

Siap boleh letak tangan kat bahu macam member lama

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih lebih 600,000 tontonan. Di ruangan komen pula, rata-rata netizen kagum selain sukar untuk mempercayai reaksi gadis terbabit kerana dilihat begitu bersahaja dan langsung tak kekok.

“Tak percaya macam mana perempuan tu tak awkward langsung walaupun tak diberitahu awal. Kalau aku, dah kejung habis dah,” tulis netizen.

“Tengok cara dia layan ibu lelaki tu baik je. Boleh buat calon menantu ni,” komen yang lain pula.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.