Lelaki Belanja Budak Sekolah Air Minuman Sempena Hari Jadinya, Siap Dapat Doa [Video]

Family & ParentingLifestyle
10 Jun 2026 • 1:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Lelaki Belanja Budak Sekolah Air Minuman Sempena Hari Jadinya, Siap Dapat Doa [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sambutan hari lahir sememangnya sesuatu yang bermakna buat seseorang bahkan ada yang mempunyai cara tersendiri untuk meraikannya.

Lelaki raikan hari jadi dengan belanja pelajar sekolah air minuman

Sama seperti seorang lelaki ini apabila meraikan hari jadinya dengan memberi pelajar-pelajar sekolah rendah air minuman.

Menerusi video yang dikongsikan Lutfil Hadi di TikTok, kelihatan beberapa jenis minuman dipercayai teh o ais dan juga teh ais diletakkan di atas meja untuk diambil oleh para pelajar yang keluar dari sebuah sekolah rendah.

Pelajar nampak seronok dan siap doakan lelaki yang belanja air minuman

Awalnya kelihatan dua orang pelajar perempuan yang datang mengambil air tersebut dengan wajah gembira dan seronok.

Salah seorang daripada pelajar perempuan itu kemudiannya mengucapkan terima kasih serta mendoakan semoga lelaki itu dimurahkan rezeki.

“Terima kasih, semoga acik dimurahkan rezeki,” kata si kecil itu.

Ramai pelajar tak lepas peluang ambil air dan ucap terima kasih

Tidak lama selepas itu semakin ramai pelajar lelaki dan perempuan yang datang mengambil air minuman tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Awak perlukan doa pada hari jadi, tetapi awak seorang yang introvert,” tulisnya dalam video.

Kelihatan kesemua pelajar yang mendapat air minuman tersebut begitu gembira dan berlalu pergi dengan senyuman.

@mlhzmlhz

♬ original sound – Sans – Sans

Ramai suka lihat gelagat pelajar penuh adab

Mengintai di ruangan komen, ramai yang suka melihat gelagat pelajar-pelajar yang berbudi bahasa.

Bahkan ada yang memuji pelajar perempuan yang turut mendoakan lelaki tersebut serta menyifatkan ibu bapa seorang yang hebat dalam mendidiknya.

Ada juga menyifatkan memberikan sedekah pada kanak-kanak adalah satu perkara yang seronok kerana membuatkan mereka rasa gembira.

“Bagus adik tu. Kecil-kecil lagi dah pandai doakan orang. Hebatnya mak ayah yang didik dia”

Image from: Lelaki Belanja Budak Sekolah Air Minuman Sempena Hari Jadinya, Siap Dapat Doa [Video]

“Best kan dapat belanja budak-budak, dapat tengok dia orang gembira senyum macam tu pun dah rasa bahagia.”

Image from: Lelaki Belanja Budak Sekolah Air Minuman Sempena Hari Jadinya, Siap Dapat Doa [Video]

“Saya tengok sambil tersenyum. Bagus budak-budak ni”

Image from: Lelaki Belanja Budak Sekolah Air Minuman Sempena Hari Jadinya, Siap Dapat Doa [Video]