Ismail Sabri Adalah Suspek Bukan Saksi, Akan Dipanggil Semula Rabu Ini – Azam Baki

LocalPolitics
3 Mar 2025 • 3:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sekitar hujung Februari lalu, media melaporkan empat bekas pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam menjelaskan penahanan itu adalah untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram.

Pada Ahad (1 Mac) SPRM mengesahkan pihaknya telah menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta yang terdiri dari pelbagai mata wang asing selain turut merampas 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Menurut SPRM, wang tunai yang dirampas itu melibatkan nilai dalam mata wang Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan.

Tambah Azam Baki, Ismail Sabri sudah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.

Beliau juga sudah melakukan pengisytiharan harta secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Terbaharu Azam Baki berkata kehadiran Ahli Parlimen Bera itu ke pejabat SPRM sebelum ini bukanlah sebagai seorang saksi sebaliknya sebagai suspek.

“Dalam hal ini, saya boleh katakan beliau adalah seorang suspek. Ini kerana beliau telah diarah membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

“Kedua, bila terjumpa wang-wang ini, beliau (Ismail Sabri) antara yang dikaitkan, jadi kita perlu dapatkan penjelasan daripada beliau mengenai penemuan wang ini,” kata Azam Baki dipetik Astro Awani.

Suruhanjaya itu turut mempamerkan wang tunai kira-kira RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas tulen bernilai hampir RM7 juta yang dirampas dari beri bekas pegawai PM9 itu.

image is not available

SPRM panggil semula Ismail Sabri pada 5 Mac

Dalam sidang media sama, Azam Baki turut memaklumkan Ismail Sabri akan dipanggil semula untuk dirakam percakapan pada Rabu (5 Mac) ini.

Bagaimanapun proses rakaman percakapan yang akan dijalankan adalah bergantung kepada tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu, lapor Kosmo.

“Ekoran daripada itu SPRM akan mengambil rakaman percakapan semula atau pun tambahan daripada Datuk Seri Ismail Sabri bergantung kepada tahap kesihatan beliau.

“Dan dijangka rakaman percakapan ini akan dibuat pada hari Rabu minggu ini iaitu selang satu hari daripada sekarang.

“Rakaman percakapan akan berkisar daripada pengisytiharan harta beliau dan juga berhubung kes yang sedang disiasat sekarang ini.