Lelaki Berusia 51 Tahun Ini Dituduh Bunuh Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Ilias

23 Sep 2024 • 1:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Elly Idzlianizar

Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh bekas pelumba motosikal negara, Elly Idzlianizar Ilias pada 10 September lepas.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang berusia 51 tahun, Ibrahim Johan itu hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Ibrahim didakwa membunuh Elly Idzlianizar Ilias antara jam 10.30 malam 10 September lepas hingga 12.01 tengah malam di Taman Behor Gonchar Jaya, Kangar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun dan tidak kurang 12 kali sebatan.

Tertuduh diwakili peguam Tan Yeng Sing dan pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nabilah Ahmad Po’ad.

Nabilah meminta mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk sebutan semula kes sebelum laporan forensik, bedah siasat dan kimia keluar nanti. 

Bukan tu jer, mahkamah juga diminta untuk tidak membenarkan sebarang ikat jamin dikeluarkan kerana kes itu memang tidak boleh diikat jamin.

Tapi Yeng Sing tetap mahu mahkamah beri sekurang-kurangkan satu jaminan kepada anak guamnya itu kerana dia tengah mengalami emosi tidak stabil, kencing manis dan darah tinggi.

Kemudian, mahkamah menetapkan 30 Disember lepas sebagai sebutan semula kes.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro