“Always the hauk one” – Meluc*h Terhadap ‘Stranger’ Semasa Live, Netizen Kecam Tindakan TikToker

6 Nov 2025 • 10:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tindakan seorang lelaki menuturkan perkataan berunsur lucah ketika sesi live di TikTok baru ini mengundang kecaman hebat netizen apabila videonya tular di platform Threads.

Menerusi perkongsian semula netizen, dapat dilihat lelaki berkenaan menuturkan perkataan kurang sopan ketika sedang makan dengan seorang wanita di hadapannya.

Perbualan mereka didakwa merujuk kepada seorang gadis warga asing yang dilihat duduk di meja bersebelahan dan juga kelihatan di dalam video tersebut.

Pergi kot belake dakap dok, letak tangan sini,” katanya dalam video itu.

Netizen harap video sampai ke pengetahuan mangsa 

Video yang tular di Threads itu telah menerima pelbagai kecaman netizen, yang mana rata-rata berharap video berkenaan sampai ke pengetahuan mangsa dan laporan polis dibuat berhubung kes itu.

Ramai yang menganggap tindakan tersebut sebagai satu perkara yang jijik dan pihak berwajib boleh mengambil tindakan terhadap individu ini kerana ia dianggap sebagai gangguan seksual tanpa pengetahuan mangsa.

image is not available

Sehingga setakat ini, masih belum ada kenyataan yang dikeluarkan pemilik akaun TikTok itu berkenaan isu tersebut dan hasil carian Lobak Merah juga mendapati akaun TikToknya sudah pun dipadam.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.