Lelaki Bujang Dan Janda Kantoi Duduk Bersama, 5 Tahun Hidup Macam Suami Isteri

8 Sep 2025 • 3:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pasangan Khalwat

Sepasang kekasih yang sudah lima tahun tinggal bersama seperti suami isteri di sebuah rumah sewa di Johor akhirnya ditangkap pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Menurut laporan Kosmo, pasangan berusia awal 30-an itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam selepas penduduk taman perumahan membuat aduan kerana curiga dengan hubungan mereka.

Ada dua anak, tapi tanpa nama bapa

image is not available

Menurut sumber JAINJ, pemeriksaan di rumah berkenaan menemui seorang lelaki bujang, seorang ibu tunggal serta dua orang kanak-kanak.

Lebih mengejutkan, semakan mendapati kedua-dua anak itu tiada nama bapa pada surat kelahiran mereka, hanya tercatat nama ibu.

Siasatan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu adalah anak tidak sah taraf dipercayai hasil hubungan pasangan ini yang telah tinggal bersama selama kira-kira lima tahun.

Pernah bernikah di luar negara

image is not available

Wanita berkenaan difahamkan pernah bernikah dengan seorang lelaki di luar negara melalui ejen, namun suaminya meninggalkan dia.

Sejak itu, wanita terbabit menjalani hidup bersama pasangannya sekarang tanpa ikatan perkahwinan sah sehingga terbongkar selepas ada individu tampil membuat laporan.

Boleh dikenakan hukuman berat

image is not available

Pasangan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, yang boleh membawa hukuman denda hingga RM5,000, penjara 3 tahun, 6 sebatan atau ketiga-tiganya sekali.

Pssttt! Perkahwinan bukan sekadar adat, tapi juga tanggungjawab agama dan undang-undang. Elakkan dosa berpanjangan, pilih jalan halal agar hidup lebih berkat.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.