Lelaki bunuh pengawal keselamatan dijatuhi hukuman mati

27 Jan 2023 • 2:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah membunuh seorang pengawal keselamatan lapan tahun lepas.

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman itu terhadap R.Saravanan, 41, pengumpul besi dan barangan terpakai setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Saravanan dituduh membunuh K.Gobinathan, 44, di belakang Restoran Nashmeer di Medan Klebang Restu, Chemor antara jam 12 tengah hari dan 1 tengah hari pada 5 Julai 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam T.Vijayandran.

Selepas mahkamah selesai menyampaikan keputusan, ahli keluarga tertuduh terus memeluknya sambil menangis. - Bernama