Lelaki Buta Terjatuh Sebelum Dilanggar LRT

22 Feb 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai dilanggar tren sebelum mayatnya ditemui di bawah rel kereta api di Stesen LRT STAR Titiwangsa, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Lelaki berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan itu dipercayai terjatuh di kawasan rel sebelum dipercayai dilanggar tren yang melintasi kawasan berkenaan.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai hilang keseimbangan lalu terjatuh tanpa disedari oleh pemandu kereta api.

image is not available

Buat masa ini, pihak berkuasa meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, selain pemeriksaan rekod operasi kereta api pada waktu kejadian.